ANALISIS RUNTUTAN

 a.) Aditif atau Penambahan

Aditif digunakan untuk memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya (Tatabahasa Dewan, 2008). Terdapat pelbagai jenis aditif seperti dan, lalu, malahan, tambahan pula, di samping itu dan sebagainya.

 Contohnya:

"Sebenarnya pada perasaan saya pun ibu bapa tuan itu ialah ibu bapa saya dan Cik Siti adik saya tetapi saya sifatkan diri saya seorang yang berdagang dan sebab itu terpaksalah saya menjaga diri dengan sehabis-habis cermat pada fikiran saya taraf saya hanya seorang penoreh getah kepada ibu bapa tuan dan kerana itu bimbang saya hendak beramah mesra dengan tuan tambahan pula diri tuan masih seorang perawan seri kemanjaan, intan gunung payung kepada ibu bapa tuan maka bertambah-tambah takut saya hendak berapat-rapat dengan tuan.

            Berdasarkan petikan tersebut, terdapat penggunaan aditif melalui perkataan tambahan pula dan kata hubung dan. Tambahan pula digunakan untuk menambah maklumat yang terkandung dalam ayat sebelumnya. Kata hubung dan pula digunakan untuk menambah maklumat sikap orang tersebut.

b.) Rentetan

Rentetan digunakan sebagai penanda bagi memperkatakan sesuatu secara berurutan. Selalunya rentetan digunakan bagi menjelaskan sesuatu proses. Sebagai contohnya:

“ Ayah baru pulang dari kebun dengan menunggang motosikal. Dia meletakkan peralatan kebun di dalam stor. Kemudian, ayah membuka kasut yang dipakainya lalu diletakkan di tepi dinding. Selepas itu,

Penggunaan runtutan jenis rentetan ini akan memberikan lebih kefahaman kepada pembaca mengenai sesuatu maklumat yang diperkatakan. Rentetan sangat penting dalam pembinaan sesebuah runtutan.

c.) Pengulangan

Pengulangan sering digunakan sebagai penegasan sesuatu maklumat yang diperkatakan . Apabila sesuatu perkara diulang berkali-kali, pembaca atau pendengar boleh memahami dengan jelas tentang topik yang diperkatakan. Sebagai contohnya:

Terima kasih telah menjadi guru yang luar biasa. Kesabaran dan usaha guru sangat membantu kami untuk berjaya. Terima kasih ku ucapkan kepada guru atas segenap motivasi tulus yang membangkitkan diri yang lemah ini.

            Melalui petikan di atas, didapati perkataan guru diulang sebanyak 3 kali. Tujuannya adalah menegaskan isi sesuatu cerita atau karya. Penulis mahupun pengujar menggunakan guru beberapa kali bagi menegaskan tajuk ceritanya. Melalui perkataan yang diulang, pembaca akan lebih memahami isi cerita.

d.) Penekanan

Salah satu fungsi penekanan adalah meningkatkan kekoherensifan  wacana dalam sesuatu teks atau perkara yang diperkatakan. Penekanan ditandai dengan penggunaan  perkataan sesungguhnya, sungguh, memang, nampaknya dan bahawasanya. Kata penekanan merupakan bentuk penegasan bagi kata yang bergabung dengannya. Contohnya seperti di bawah.

A1

Sungguh aku tidak menangis, walaupun air mata tetap mengalir ke pipi.

A2

Memang kita akan berasa teruja apabila dilamar menjadi artis rakaman.

A3

Nampaknya, anak muda kita lebih suka filem yang mengkhayalkan dan tidak membina jati diri bangsa.

            Melalui ayat di atas, kata penekan sungguh digunakan untuk menegaskan keadaan diri. A2 pula menggunakan kata penekan memang. Kata penekan memang digunakan untuk menegaskan perasaan teruja. Kata penekan nampaknya pula digunakan menekankan gambaran realiti anak muda yang menyukai filem yang mengkhayalkan. Daripada dapatan ini menjelaskan bahawa sesuatu ayat atau ujaran perlu menggunakan kata penekan bagi menegaskan sesuatu topik yang diperkatakan. 

e.) Hubungan Keseluruhan dan Bahagian.

Seterusnya salah satu ciri runtutan adalah keseluruhan kemudian dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Hubungan keseluruhan dan bahagian ini memerlukan penulis mahupun pengujar mengutarakan sesuatu perkara secara generalisasi kemudian diceritakan tentang bahagian-bahagian tertentu dalam perkara yang dibincangkan. Sebagai contohnya dalam petikan di bawah.

Cikgu Suraya meminta murid-muridnya membuka buku teks Bahasa Melayu. Hari ini, murid-murid akan belajar bab 3. Murid-murid diminta membaca topik yang terbaru iaitu berkaitan dengan pelancongan.

            Petikan di atas menggunakan beberapa perkataan yang menunjukkan hubungan keseluruhan kemudian dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Perkataan tersebut boleh dilihat melalui penggunaan perkataan buku. Perkataan buku ini diterangkan mempunyai beberapa bab. Bab-bab tersebut dipecahkan kepada topik berkaitan pelancongan. Petikan yang diterangkan seperti ini akan meningkatkan kefahaman pembaca terhadap teks atau perkara-perkara yang dibincangkan.

f.) Hubungan hasil dan kegagalan

Hubungan hasil dan kegagalan menerangkan keadaan sesuatu hasil yang akhirnya menemui kegagalan selepas sesuatu tindakan. Hubungan hasil dan kegagalan hanya dapat dikenal pasti melalui pembacaan atau pendengaran keseluruhan teks atau ujaran. Hubungan ini dapat dikenal pasti melalui perkataan tertentu sahaja seperti runtutan rentetan. Sebagai contohnya, lihat petikan do bawah:

A1

Makanan itu kelihatan sangat mewah dan menarik.

A2

Sayangnya, makanan itu tidak menepati cita rasa kami.

            Petikan di atas menunjukkan hubungan hasil dan kegagalan. A1 menunjukkan hasil sesuatu perkara. Namun begitu, hasil tersebut mengalami kegagalan dalam A2. Hubungan hasil dan kegagalan penting dalam meningkatkan kefahaman pembaca terhadap perkara yang diperkatakan.

g.) Hubungan Perbandingan

Hubungan perbandingan dapat dilihat melalui perbandingan dua perkara, keadaan atau situasi. Perbandingan akan meningkatkan koherensi sesebuah teks. Peningkatan koherensi akan meningkatkan peningkatan tujuan dan penerimaan sesuatu teks. Sebagai contohnya di bawah:

Penghuni rumah Warga Emas ini mempunyai sifat pelbagai ragam. Warga emas wanita suka menghabiskan masa di dalam rumah manakala warga emas lelaki di sana suka menghabiskan masa di luar rumah.

Walaupun begitu, mereka saling melengkapi keperluan antara satu sama lain.

            Petikan di atas menunjukkan perbandingan antara warga emas lelaki dan warga emas wanita. Kata hubung perbandingan manakala digunakan untuk membandingkan dua ayat yang berbeza. Perenggan seterusnya turut menunjukkan perbandingan antara peringkat pertama dan kedua. Kesimpulannya perbandingan sesuatu perkara dapat dilihat dalam ayat yang sama ayat dan perenggan yang berlainan. Perbandingan dapat dikenal pasti melalui penggunaan manakala, berbandingan dan berbeza. Selain perbandingan dapat dilihat melalui keseluruhan teks.

h.) Hubungan Ibarat

Hubungan ibarat dapat dilihat melalui penggunaan peribahasa, simpulan bahasa dan bidalan. Penggunaan peribahasa penting bagi memberi kefahaman yang utuh kepada pembaca mengenai perkara yang diperkatakan. Perkara tersebut menjadi sangat jelas dengan menggambarkan melalui ibarat. Sebagai contohnya di bawah:

A1

Pengantin tersebut bagai pinang dibelah dua, sama padan sama cantik.

A2

Amin tidak pandai bermain bola kerana dia kaki bangku.

            Melalui ayat di atas, hubungan ibarat dapat dikenal pasti melalui penggunaan bagai. Hubungan ibarat turut dilihat melalui A2 walaupun ayat tersebut tidak menggunakan perkataan yang menggambarkan ibarat, ayat tersebut masih jelas menggambarkannya keadaan Amin yang tidak pandai bermain bola. Penggunaan ibarat akan meningkatkan lagi pemahaman pembaca terhadap sesuatu tajuk kerana digambarkan dengan jelas.

i.)            Hubungan Tujuan

Hubungan tujuan amat penting digunakan untuk menggambarkan sesuatu tindakan. Sesuatu tujuan penting dalam meningkatkan kefahaman pembaca. sebagai contohnya dalam ayat di bawah.

Samira bergegas pulang ke kampung. Tidak kira walaupun waktu tersebut adalah waktu puncak ataupun tidak. Banyak kereta di jalan raya ataupun lenggang. Samira berharap dapat pulang ke kampungnya secepat mungkin untuk menemui ibunya yang sedang sakit.

Petikan tersebut menunjukkan hubungan tujuan. Hubungan tujuan ini dapat dikenal pasti melalui perkataan sahaja tetapi perlu difahami melalui keseluruhan konteks ayat. Pada ayat yang pertama menerangkan keadaan Samira yang tergesa-gesa untuk pulang ke kampung. Manakala, ayat terakhir pula menjelaskan secara keseluruhan sebab Samira mahu pulang ke kampung.

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI