KONSEP STRUKTUR MAKLUMAT
Menurut Sato Hirobumi (1997: 29) tentang kegiatan komunikasi, penyampai tidak selalu diberi peluang untuk memastikan sama ada maklumat yang hendak disampaikan merupakan maklumat lama atau maklumat baru bagi penerimanya. Oleh itu, jika penyampai berkomunikasi sambil memastikan tiap-tiap maklumat yang disampaikannya itu lama atau baru, maka akhirnya komunikasi sering terputus-putus sehingga terjejas pula keberkesanan komunikasi.
Selain itu, struktur maklumat dapat didefinisikan sebagai organisasi teks atau wacana berdasarkan fungsi maklumar lama dan baru. Realisasinya adalah bergantung kepada sistem sintaksis dan fonologi. Unit maklumat ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat baru dan maklumat lama. Kehadiran maklumat lama bersifat opsional, iaitu seperti yang terakam dalam rumus di bawan;
UNIT MAKLUMAT→ MAKLUMAT LAMA + MAKLUMAT BARU
Unit maklumat ialah unit wacana pithan penutur dan penyebarannya mewakili bondongan amanat penutur. Dalam setiap unit maklumat, penutur akan menetapkan satu fokus maklumat atau selebihnya-lebihnya dua. Pengaliran maklumat merujuk kepada perubahan status idea penutur pendengar tentang sesatu objek, keadaan, atau kejadian ketika menggunakan bahasa atau memahaminya. Status di sini berupa maklumat lama dan maklumat baru.
MAKLUMAT LAMA
Di antara kaedah yang menjadi penanda maklumat lamajadalah seperti berikut;
i. Kaedah Perujukan (reference)
ii. Kaedah Penggantian (substitution)
iii. Kaedah Pengulangan (recurrence)
iv. Kaedah Pengulangan Sebahagian (partial recurrence)
v. Kaedah Penghilangan (Elipsis)
vi. Kaedah Leksikal
vii. Kaedah Prafasa (paraphrase)
MAKLUMAT BARU
Sato Hirobumi (1997: 71-72) menganalisis susunan maklumat berdasarkan empat jenis susunan maklumat yang dasar seperti yang dilakukan olen Inoue dengan memperlihatkan susunan logikal judul dan cerita dalam bentuk lahirnya.
i. Maklumat baru tambahan
ii. Maklumat baru konstrastif
iii. Maklumat baru neutral
iv. Maklumat baru fokus
Comments
Post a Comment