KONSEP RUNTUTAN

 Runtutan sering dilihat sebagai pengantara gagasan idea. Gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu idea atau fikiran dijalin dalam sebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan mempunyai makna. Makna (meaning) digunakan untuk menunjukkan potensi ujaran bahasa atau tanda-tanda lain untuk mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarya disampaikan oleh ujaran yang muncul dalam sesuatu teks. Ujaran yang banyak sudah pasti mempunyai beberapa makna, tetapi dalam keadaan normal, hanya ada satu sense dalam sebuah teks.

              Oleh yang demikian, tuntutan sebenarnya mempunyai perkaitan yang jelas di antara pemberi (penutur/pengarang) dengan penerima (pendengar/pembaca). Runtutan sering dianggap sebagai pemahaman teks oleh pembaca. Oleh itu, runtutan dalam sebuah teks dilihat dalam banyak tingkat tertentu, iaitu paling runtut, runtut, dan tidak runtut. Pembaca sendiri yang menentukan tingkat runtutnya sesuatu teks dan teks yang baik adalah apabila tujuan penulis sama dengan penerimaan pembaca. Dalam hal ini, adalan amat perlu dikaitkan dengan konsep penutur atau pengarang dan pendengar atau pembaca yang unggul. Mereka perlu mempunyai tahap kemahiran berbahasa yang sama supaya tidak timbul persoalan ambiguiti atau kekaburan dalam komunikasi.

              Pembaca menerima dengan baik sesuatu teks apabila terdapat kesinambungan sense (continuity of sense) dalam pengetahuan dan maklumat yang digiatkan olen ujaran-ujaran di dalam teks. Kesinambungan sense merupakan asas kepada runtutan (coherence), iaitu perkaitan khusus yang benar dan releven di dalam jalinan konsep dan hubungan. Jalinan yang mendasari sesebuah teks dinamakan 'Dunia Tekstual'.

 

Runtutan dapat dilihat dalam empat tahap, iaitu:

i.               Tahap tujuan: melihat sejauh mana teks memasuki atau menepati tujuan penulis atau penutur.

ii.              Tahap penerimaan: menilai sejauh manakah tahap penerimaan dan pemahaman pendengar atau pembaca sesebuah teks.

iii.            Tahap maklumat: berkait rapat dengan sesebuah teks itu sendiri, iaitu sejauh manakah sesuatu maklumat dalam teks itu menepati tanggapan pembaca.

iv.            Tahap keadaan: berkait dengan faktor yang menjadikan teks releven dengan situasi ujaran.

 

Sanat Md. Nasir (1997: 28), melihat runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik. Dari sudut yang lain, beliau mengatakan runtutan juga dilihat sebagai kualiti kefahaman tentang sesuatu.


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI