KONSEP WACANA

Ramai ahli bahasa telah memberikan pentakrifan terhadap wacana seperti Henry Tarigan, Harimurti Kridalaksana, Samsuri, Asmah Haji Omar, Sanad Md. Nasir, dan ramai lagi. Misalnya, menurut Henry Tarigan (1987), wacana dapat ditakrifkan sebagai unit atau satuan linguistik yang tertinggi, terlengkap, dan terbesar dari segi skalanya, supra-ayait, tersusun rapi dengan tautan dan runtutan, berkesinambungan, lisan dan tulisan juga mempunyai awal dan akhir yang nyata.

              Harimurti Kridalaksana (1987: 507), mendefinisikan wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hirarki gramatikal yang tertinggi atau terbesar. la direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri kalimat, paragraf, dan kata yang lengkap.

              Asmah Hj. Omar (1980: 11), mentakrifkan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri, dan sebagainya. lanya juga memperlihatkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan perkembangan akaliah yang ada di dalamnya.

              Samsuri (1992), memberikan definisi wacana sebagai rakaman kebahasaan yang runtut tentang peristiwa komunikasi. Komunikasi itu dapat menggunakan bahasa lisan atau tulisan.

              Raminah Hj. Sabran (1897: 278), menyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana itu boleh terdiri daripada ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, siri buku, dan sebagainya yang di dalamnya diperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

              Sanat Md. Nasir (199:54), wacana merujuk kepada teks, iaitu unit bahasa yang melebihi unit teks. Unit teks pula boleh berdiri sebagai satu ayat secara fonik mahupun grafk. Menuut beliau lagi, wacana juga boleh bermakna bidang kajan terhadap unit bahasa tersebut, dan ini menyamai maksud analisis wacana, analisis teks, linguistik teks, atau linguistik, atau linguistik wacana.

              Sanat sebagai salah seorang pemuka bidang wacana tempatan, cuba mengetengahkan konsep wacana lebih luas dikenali sebagai Wacana Plus Plus. Dalam kontes ini, wacana dilihat dalam cakupan atau kerangka yang lebih luas, iaitu bukan sekadar linguistiknya sahaja tetapi turut dikaikan dengan keperluan mentauhidkan Allah Yang Maha Esa. Beliau berpendapat, bahasa adalah anugerah Allah yang sewajamya dikaji melalui sumber aqli dan naqli. Sehubungan itu, bahasa yang berfungsi sebagai alat komunikasi perlu dianggap sebagai ibadah (liya'budu) dan bahasa sebagai fungsi tekstual pula perlu dijadikan tanda merujuk kepada kemahabesaan Allah S.W. T. (waktilaf).

              Sanat turut berpendapat bahawa bahasa mesti dilhat sebagai fitrah dan kenekaan bahasa sewajarya dijadikan tanda kemahabesaran Allah S.W.T. (waktilaf). Bahasa juga semestinya mempunyai konsep mengajar ('allama), iaitu oleh Allah kepada manusia. Di samping itu, dalam komunikasi manusia dengan manusia, sewajarnya menggunakan bahasa yang baik (bahasa Rabbani) dan berkesan (liyubayyina). Dengan penjelasan ini, tatabahasa Wacana Plus Plus adalah merujuk kepada bahasa yang tidak dilihat secara terpisah dari agama dan bahasa perlulah dijadikan sebagai sebahagian dari ibadah (liya'budu).

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI