ANALISIS STRUKTUR MAKLUMAT

 Berikut merupakan analisis struktur maklumat Sato Hirobumi.

MAKLUMAT LAMA

1. KAEDAH PERUJUKAN

Kaedah ini merujuk kepada perkara yang secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenal pasti melalui penggunaan kata ganti. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contoh rujukan ganti nama diri adalah seperti yang berikut:





Contoh 1:

Sayang…

Cintamu mekar di hati ini

 

 

 



Dalam ayat di atas, frasa nama “sayang” mengalami perubahan secara perujukan kepada kata ganti nama “mu”. Kata ganti nama diri “mu” ialah kata ganti nama diri yang telah disingkatkan. Kata “mu” asal daripada kata “kamu”. Singkatan itu hanya digunakan pada akhir kata sahaja.

 

2. KAEDAH PERULANGAN

Kaedah perulangan dari perspektif nahuannya, ia membawa makna pengulangan yang berlaku pada unsur-unsur dalam wacana tanpa menimbulkan sebarang perubahan pada kategorinya. Contohnya:

 

Contoh 1:

Ketika kau perlukan aku

Ketika kau perlukan aku

Contoh 2:

Sentiasa aku ada di sisimu

Sentiasa aku ada di sisimu

Contoh 3:

Ketika kurindu padamu

Ketika kurindu padamu

 

Dalam contoh 1, ayat “ketika kau perlukan aku” diulang sepenuhnya tanpa mengalami sebarang perubahan. Begitu juga dengan contoh 2 dan contoh 3 yang mana lirik tidak mengalami sebarang perubahan.

 

3.     KAEDAH PERULANGAN SEBAHAGIAN

Kaedah perulangan sebahagian merujuk kepada perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

 

Contoh 1:

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku

Kau umpama bintang menyinari hidupku

Contoh 2:

Kuharap kau mekarlah selama-lamanya 5

Kuharap kau terus bersinar

 

Dalam contoh 1, hanya mengalami perulangan sebahagian ayat seperti ayat “kau umpama” sahaja. Seterusnya, di dalam contoh 2, ayat tersebut juga hanya mengalami perulangan sebahagian sahaja pada seterusnya iaitu “kuharap kau” sahaja.

 

4.     KAEDAH PENGHILANGAN

Kaedah penghilangan boleh didefinasikan sebagai berlakunya pengguguran atau penghilangan maklumat. Tambahan pula, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.

 

Contoh 1:

Kau umpama bintang menyinari hidupku

Kuharap kau terus bersinar

 

Dalam contoh 1, ayat tersebut mengungkapkan “kau umpama bintang menyinari hidupku”, namun apabila tiba pada ayat seterusnya perkataan “bintang” dihilangkan. Hal ini demikian kerana, perkataan “bersinar” pada tersebut telah merujuk kepada perkataan “bintang” pada ayat awal tadi.

 

5.     KAEDAH LEKSIKAL

Kaedah leksikal merujuk kepada pertalian antara ayat secara sistematik. Setiap ayat mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

 

Contoh 1:

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku

Kuharap kau mekarlah selama-lamanya

 

Contoh 1 pada ayat pertama “kau umpama bunga yang mekar di hatiku” menunjukkan bahawa “bunga” yang dimaksudkan mekar di hati bukanlah bunga sebenar, akan tetapi “bunga” tersebut merujuk kepada gadis yang disukai oleh si lelaki dengan harapan gadis itu sentiasa “mekarlah selamanya” pada seterusnya yang bermaksud sentiasa memenuhi ruang hatinya.

 

6.     KAEDAH PRAFASA

Kaedah prafasa merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya yang berbeza. Ia juga menunjukkan hubungan makna tetapi struktur berlainan. Contohnya:

 

Contoh 1:

Kau umpama bunga yang mekar di hatiku

Kau umpama bintang menyinari hidupku

 

Berdasarkan contoh 1 pada ayat pertama dan kedua, kedua-duanya merujuk kepada maksud yang sama iaitu “bunga” dan “bintang” yang dimaksudkan adalah seorang gadis, namun cara pengolahan ayatnya sahaja yang berbeza.

 

7.     KAEDAH PENGGANTIAN

Kaedah penggantian melibatkan unsur yang disebut digantikan dengan bentuk baharu secara semantik atau nahuan.

 

Contoh 1:

Bukan kau seorang sahaja yang terpaksa masuk ke dalam lori itu, kita semuanya termasuk aku,” kata Sulaiman.

 

Dalam ayat tersebut jelas menunjukkan penggantian daripada “bukan kau seorang” kepada “kita”

 

MAKLUMAT BARU

1.     MAKLUMAT BARU KONTRASTIF

Maklumat baru kontrastif merujuk kepada dua atau lebih klausa berbeza dari segi semantik. Contoh dibawah menerangkan definisi terhadap maklumat baru kontrastif.

ML

MB

Demi teguhnya cinta

Selama-lamanya

Ketika kau perlukan aku

Demi teguhnya cinta

Selama-lama..

Kau umpama bunga yang mekar di

hatiku

 

2.     MAKLUMAT BARU NEUTRAL

Maklumat baru neutral merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.

ML

MBN

Judul

Cerita

Sayang…

Kasihku abadi (K1)

Cintamu mekar di hati ini (K2)

 

Dalam contoh di atas, terdapat dua ayat yang berbeza klausanya, K1 dan K2 berperanan sebagai cerita kepada judul. Kehadiran klausa yang berbeza dari segi semantik menjadi penanda maklumat baru neutral dan frasa “sayang” merupakan maklumat baru kerana frasa tersebut merupakan ayat terawal pada pada kedua lirik di maklumat baru neutral

 

3.     MAKLUMAT BARU FOKUS

Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul). Contohnya:

1)Jiran saya dahulu berkata benar.

2)Benarlah seperti kata jiran saya dahulu.

MBF

ML

Judul

Cerita

Benarlah seperti kata

Jiran saya dahulu

 

4.     MAKLUMAT BARU TAMBAHAN

Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat. Contohnya:

·   Polis menangkap orang yang bersalah sahaja.

ML

MB

Judul

Cerita

Polis

Menangkap orang yang bersalah sahaja


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI