PENGENALAN


 Wacana atau 'discourse' dalam bahasa Inggeris, 'discours' dalam bahasa Perancis secara lazim ditakrifkan oleh pengamalnya daripada tiga dimensi utama iaitu dimensi bentuk (struktur), fungsi dan idealisasi (Jones, 2012). Daripada dimensi bentuk, wacana adalah unit linguistik yang lebih besar daripada klausa atau ayat yang mempunyai suatu idea yang jelas dan teratur. Daripada dimensi fungsi, wacana adalah bahasa gunaan sebenar manusia dalam kehidupan sosial mereka untuk melangsungkan bermacam-macam tujuan, seperti melawak, menghujah, memujuk, berniaga, mendidik, berpolitik, berdiplomasi, beribadat, berkash sayang, mengesahkan dan melaksanakan sesuatu urusan, memulakan atau menamatkan sengketa, mengindoktrin, mengubah pemahaman dan pandangan dunia, dan sebagainya. Daripada dimensi idealisasi pula, wacana ditakrifkan juga sebagai wadah manusia menzahirkan ideologi, fikiran, pandangan, falsafah, doktrin, nilai, identiti, kuasa, dan sebagainya dalam konteks kehidupan sosial. Bagaimanapun, ahli linguistik fungsionalis terkenal, Michael Halliday (1994) menegaskan bahawa ketika berbahasa, manusia menggembleng ketiga-tiga dimensi itu serentak yang masing-masing dinamakannya fungsi tekstual, interpersonal, dan ideasional yang disifatkannya sebagai metafungsi bahasa.

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI