ANALISIS TAUTAN

 ANALISIS TAUTAN PERULANGAN

1)                  Tautan Perulangan Rujukan (TP1)

A1: Jenis hutan dipterokarpa pantai berbukit meliputi kebanyakan kawasan pulau dengan satu jalur sempit tumbuhan pantai berbatu yang mengelilingi pulau.

A2: Kekayaan biodiversiti tumbuhan pulau ini tidak setanding dengan jenis hutan dipterokarpa pantai berbukit yang ada di tanah besar Semenanjung Malaysia. 

Perkataan ‘ini’ dalam ayat A2 mempunyai hubungan semantik dengan A1. Kaitan di antara perkataan-perkataan tersebut ialah dalam bentuk tautan perulangan rujukan kata ganti nama tunjuk.

 

2)                  Tautan Perulangan Penggantian (TP2)

A1: Syurca? Syurca! Eh, aku kenal dia.

A2: Orangnya pendek dan berkulit hitam manis. 

Berdasarkan contoh di atas, perkataan ‘nya’ dalam A1 merupakan perulangan penggantian unsur linguistik yang terdapat dalam A2, iaitu merujuk kepada Syurca.

 

3)                  Tautan Perulangan Elipisis (TP3)

 A1: Nak kata ∅ takde rupa adalah juga rupa aku ni 

A1 merupakan ayat yang mengandungi konsep tautan dari segi perulangan elipsis. Tanda ∅ menunjukkan pengguguran kata ganti nama pada awal ayat, iaitu pengguguran kata ganti nama ‘aku’.

 

4)                  Tautan Perulangan Leksikal (TP4)

 A1: Kekalahan Zii Jia itu bermakna tiada lagi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki selepas kekalahan Liew Daren dan Ng Tze Yong di pusingan pertama.

A2: Lebih malang, harapan untuk melihat Zii Jia kembali merampas gelaran Terbuka Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berkecai selepas kali terakhir dimenangi legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2018.

Dalam contoh di atas, ikatan perkataan ‘Zii Jia’ dalam A1 sebenarnya bersinonim ataupun serasi dengan A2, iaitu ‘Zii Jia’.


5)                  Tautan Perulangan Parafrasa (TP5)

A1: Apa ni mak orang bukan budak budaklah nak kena paksa paksa

A2: Haa sebab bukan budak budaklah sebab dah besar panjang la mak kena aturkan hidup Lola 

Frasa ‘bukan budak budaklah’ dalam contoh A1 dan frasa ‘sebab dah besar panjang’ dalam contoh A2 dikira bertaut secara parafrasa. Hal ini demikian kerana, berdasarkan struktur yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama dimana frasa ‘bukan budak budaklah’ membawa maksud seseorang yang sudah dewasa atau besar dan dapat berfikir secara matang.

 

6)                  Tautan Perulangan Paralelisme (TP6)

A1: Mak nak sangat tengok Akim kahwin

A2: Mak nak tengok Akim ada anak anak

Contoh ayat di atas, perkataan ‘mak nak sangat tengok’ dalam A1 mempunyai tautan perulangan paralelisme dengan A2 apabila makna diulang dalam menggunakan struktur unsur linguistik yang sama tetapi makna yang berbeza


7)                  Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama (TP7)

A1: Ok terima kasih

A2: Ok terima kasih tok eh 

Tautan perulangan struktur dan makna yang sama dapat dilihat dalam contoh A1 dan A2 yang menunjukkan struktur dan ayat yang diulang adalah sama.

 

ANALISIS TAUTAN KOLOKASI

1)                  Tautan Kolokasi Antoniman (TK1)

 A1: Dinda sihat

A2: Kanda sihat ka 

Berdasarkan contoh di atas, A1 dan A2 tautan kolokasi antoniman dapat dilihat pada perkataan dinda dan kanda.

2)                  Tautan Kolokasi Kohiponiman (TK2)

A1: Arwah mak dan ayah tinggalkan tanah cukup sangat ke aku nak sarakan si Leha tu 

Kolokasi kohiponiman dapat dilihat dalam A1, iaitu frasa ‘mak dan ayah’ dimana perkataan ‘mak’ dan ‘ayah’ merupakan hiponim bagi superordinat ahli keluarga.


3)                  Tautan Kolokasi Hasil (TK3)

A1: Kalau nak makan sorang sorang kat luar saya bosan 

Perkataan ‘makan sorang-sorang’ mempunyai hubungan makna unsur dengan perkataan yang seterusnya terhasil, iaitu perkataan ‘saya bosan’. Dalam ayat ini menunjukkan bahawa penutur meramalkan kesan sekiranya makan seorang di luar tanpa teman akan berasa bosan.


4)                  Tautan Kolokasi Sifat (TK4)

A1: Seorang gadis yang cantik penuh sifat feminin tapi bukan taste aku

Contoh A1 menunjukkan gadis yang cantik penuh sifat feminin. Terdapat tautan kolokasi sifat disitu.


ANALISIS TAUTAN PENGHUBUNG AYAT

1)                  Tautan Penghubung Ayat Tambahan (TPA1)

A1: Seorang gadis yang cantik penuh sifat feminin tapi bukan taste aku

A2: Kerjaya pun aku ada

A3: Harta je la aku tak berapa nak ada 

Berdasarkan contoh, tautan penghubung ayat dapat dilihat pada perkataan ‘adalah juga’ yang menjadi tautan penghubung ayat tambahan yang berfungsi sebagai penambahan maklumat antara A1 dengan A2 dan A3.

 

2)                  Tautan Penghubung Ayat Tentangan (TPA2)

 A1: Seorang gadis yang cantik penuh sifat feminine tapi bukan taste aku 

Berdasarkan contoh tersebut, A1 mempunyai penghubung ayat bertentangan, iaitu ‘tapi’ yang mempunyai tautan dengan ayat selepasnya yang menunjukkan pertentangan perkataan ‘gadis yang cantik penuh sifat feminin’ yang bersifat memuji dengan perkataan ‘bukan taste aku’ yang menunjukkan penutur tidak mempunyai perasaan cinta atau berniat mendekati gadis yang dipuji melainkan hanya memuji sahaja.

 

3)                  Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab (TPA3)

A1: Tu kad jemputan ambil je dah cetak cuma kat nama lelaki tu kosong sebab macam mana pun kau kena kahwin juga 

Contoh A1 merupakan penghubung ayat sebab-musabab. Penanda kata penghubung ayat sebab akibat ialah ‘sebab’ yang menjadi penghubung antara perkataan ‘kad jemputan ambil je dah cetak cuma kat nama lelaki tu kosong’ dengan ‘macam mana pun kau kena kahwin juga’.


4)                  Tautan Penghubung Ayat Waktu (TPA4)

A1: Helen kamu boleh balik sekarang mak kamu sakit 

Dalam A1, perkataan ‘sekarang’ menunjukkan waktu tersebut juga.

5)                  Tautan Penghubung Ayat Terusan (TPA5)

A1: Anak dara tua sampai bila bila pun tak kahwin jadi macam akulah 

Perkataan ‘sampai bila-bila’ dalam A40 menunjukkan tautan penghubung ayat terusan, iaitu merujuk kepada sesuatu yang membawa maksud berterusan.


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI