KONSEP TAUTAN

 Pelbagai definisi telah dikemukakan oleh banyak pihak untuk menjelaskan konsep tautan. Misalnya, Halliday dan Hassan, Pike dan Pike, Beugrande dan Dressler, Werth, dan ramai lagi. Menurut Halliday dan Hassan (1976: 4-10), tautan merujuk kepada ciri-ciri liguistik yang membantu menghubungkan satu tautan ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu atau memperlihatkan tautannya. Pada dasarnya, tautan merupakan konsep semantik yang merujuk kepada hubungan kebahasaan antara suatu unsur dengan unsur lain dalam teks.

              Werth (1984: 60-61), menyatakan tautan lazimnya dianggap sebagai satu proses sintaksis yang mengubahkan ayat-ayat dalam sesuatu teks. Oleh yang demikian, kesan-kesan tautan dapat diperlihatkan melalui bentuk-bentuk linguistik pada ayat-ayat tertentu. Bentuk-bentuk linguistik itu membabitkan unsur ganti nama, kata nama tentu, pengguguran, dan penegasan.

              Dik (1980: 45), mengatakan bahama tautan sebagai penghubung tertentu antara ayat dan bersifat semantik. Pentafsiran sesuatu ayat berkaitan dengan pentafsiran ayat yang lain.

              Bagi Sanat Md. Nasir (197: 27) tautan dimaksudkan sebagai hubungan makna yang mengikat sesuatu ayat dengan yang lain sehingga wujud sebuah teks atau wacana.

              Pike dan Pike (1982: 39), memerikan tautan itu sebagai fitur suatu tagmen yang menguasai dan dikuasai oleh tagmen lain. Menurut mereka, tautan boleh berada di peringkat morfem hingga ke taraf perbualan. Konsep tautan olen mereka hanya berkisar di sekitar unsur tatabahasa tanpa menyentun tautan leksikal (dalam Wong Khek Song, 1992).

              Beaugrande dan Dressler (1981: 80), menyatakan tautan dalam frasa, klausa, dan ayat lebih nyata berbanding unit-unit tersebut. Mereka turut memberikan enam ciri yang dapat menjelaskan tautan, iaitu:

i.               Perulangan: perulangan terus sesuatu unsur linguistik.

ii.              Perulangan sebahagian: pengulangan unsur yang sama dengan menguban golongan unsur linguistik yang telan digunakan sebelumnya.

iii.            Paralelisme: pengulangan struktur linguistik yang sama tetapi sama dengan unsur linguistik atau ujaran yang lain.

iv.            Para frasa: pengulangan isi atau wacana yang sama tetapi diganti dengan unsur yang lain.

v.              Bentuk: pro

vi.            Elipsis: pengulangan struktur linguistik dan unsur yang sama tetapi menghilangkan sebahagian daripada ujarannya.

 

Halliday (1985), pula menyenaraikan empat ciri tautan, iaitu:

i.               Rujukan: hubungan di antara elemen bagi teks dengan sesuatu yang lain, iaitu dengan merujuk kepada apa yang digambarkan dalam bentuk yang berlainan.

ii.              Elipsis (Penggantian): proses atau hasil penggantian unsur bahasa oleh unsur lain dalam satuan yang lebih besar untuk memperolehi unsur-unsur pembeza atau untuk menjelaskan sesuatu struktur tertentu.

iii.            Penghubung

iv.             Susunan leksikal


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI